Kesan pengambilan minyak kelapa dara dalam jangka masa yang panjang pada tubuh ialah ia dapat mengurangkan kolestrol di dalam badan kerana minyak kelapa dara itu sendiri tidak mengandungi kolestrol.
Pengunaan minyak kelapa dara juga dapat mengawal penyakit kencing manis dari terus ketahap yang lebih serius. Ini kerana apabila kita mengambil dan mengamalkannya secara terus-menerus ia membuatkan pankreas lebih efisyen untuk megeluarkan insulin, disamping itu sel akan bekerja dengan lebih cekap dan normal untuk pengambilan gula darah di tahap yang diperlukannya.
Minyak kelapa dara boleh mengelakkan kita daripada terkena risiko kanser. Ia dapat memusnahkan dari sebarang kehadiran organisma pathogen. Apabila proses ini berlaku dengan sedemikian, sel darah putih akan bertindak secara maksima untuk memusnahkan sel-sel kanser tersebut.
Untuk penjagaan kesihatan tubuh badan adalah perlu kita mengamalkan pengambilan minyak kelapa dara secara berpanjangan supaya kita tampak lebih sihat dan bertenaga serta terhindar dari sebarang penyakit kronik yang boleh menjejaskan kehidupan harian.
No comments:
Post a Comment